Simptom demam tomato yang menyebabkan kemerahan pada kaki. Foto thehealthsite.com

NEW DELHI – Demam virus mencetuskan panik di negeri Kerala di selatan India, apabila sekurang-kurangnya 80 kes demam tomato disahkan menjangkiti kanak-kanak.

Penyakit virus ini dikenali sebagai “demam tomato” kerana pesakit akan mengalami lepuh merah – menimbulkan kebimbangan di Kerala dan negeri jiran Tamil Nadu dan Karnataka.

Doktor mengatakan simptom demam tomato turut menyebabkan ruam merah, kerengsaan kulit, dan dehidrasi.

Pakar berjangkit mendakwa demam ini juga boleh mengakibatkan pesakit mengalami keletihan, sakit sendi, kekejangan perut, loya, muntah, cirit-birit, batuk, bersin, hidung berair, demam panas, atau sakit badan.

Ada sesetengah kes, ia juga mengubah warna kulit kaki dan tangan, menurut laporan.

Di Kerala, penyakit ini telah dikesan pada kanak-kanak di bawah umur lima tahun. – Xinhua (https://english.news.cn/asiapacific/20220514/88be092537b24184a7e15ef5b6a142c3/c.html)