WEMBLEY – Liverpool menamatkan badi selama 16 tahun dan berjaya menjulang Piala FA Emirates 2021/22 kali ini.
Kejayaan itu sekaligus membolehkan skuad The Reds kendalian Jurgen Klopp meneruskan misi quadrable musim ini.
Dalam aksi final penuh dramatik malam tadi, Liverpool menewaskan Chelsea menerusi sepakan penalti dengan keputusan 6-5 di Stadium Wembley.
Untuk the Blues kendalian Thomas Tuchel ternyata umpama sumpahan skuad kendaliannya gagal menjulang piala itu dalam aksi final yang ketiga berturut-turut itu.
Skuad Jurgen Klopp mengulangi kejayaan menjulang Piala Carabao pada Februari lalu menerusi kemenangan Piala FA kali ini selepas penjaga golnya Alisson menepis sepakan Mason Mount.
The Reds masih dalam saingan merangkul kejuaraan Piala Liga Perdana Inggeris musim ini walaupun seteru kuatnya Manchester City berpeluang cerah mempertahankan gelaran tersebut kali ini.
Liverpool juga bakal berentap di aksi pusingan akhir Liga Juara-Juara Eropah berdepan raja Eropah Real Madrid.
Dalam aksi dramatik semalam, percubaan Luis Diaz dan Andrew Robertson terkena palang gol walaupun penyerang berbisa mereka Mohamed Salah terpaksa meninggalkan padang pada minit ke-32 akibat kecederaan.
Kedua-dua pasukan terus berbalas serangan sebelum terikat seri tanpa jaringan pada minit ke-90 dan keputusan kekal tidak berubah walaupun 30 minit tambahan diberikan untuk menentukan pemenangnya.
Untuk Chelsea agak tidak bernasib baik apabila sepakan penalti Marcos Alonso terkena palang sebelum satu lagi sepakan penalti ditahan oleh Alisson untuk mengesahkan gelaran itu milik Anfield kali ini.
Walaupun penjaga gol Chelsea Eduardo Mendy berjaya menepis sepakan penalti rakan senegaranya Sadio Mane ia tidak cukup untuk menyekat kejuaraan menjadi milik Liverpool.
Chelsea juga muncul sebagai pasukan pertama dalam EPL yang gagal menjulang Piala FA dalam tiga aksi final berturut-turut. – Agensi.
Link berita: https://www.bbc.com/sport/football/61429640