Salah sebuah kereta yang musnah dalam letupan di Karchi, Pakistan. Foto Xinhua

ISLAMABAD – Satu bom meletup di bandar pelabuhan selatan Pakistan, Karachi pada Isnin, menyebabkan sekurang-kurangnya 13 orang cedera termasuk anggota polis.

Letupan itu berlaku berhampiran kawasan jalan MA Jinnah di Karachi, ibu kota wilayah Sindh, sambil menambah, kenderaan polis menjadi sasaran letupan itu.

Menurut siasatan awal, bahan letupan itu diletakkan di dalam sebuah motosikal, kata polis.

Pasukan keselamatan dan pasukan penyelamat bergegas ke lokasi dan memindahkan mangsa yang cedera ke hospital berhampiran, yang mana beberapa dalam kalangan mangsa yang cedera dikatakan berada dalam keadaan kritikal.

Setakat ini, tiada kumpulan atau individu mengaku bertanggungjawab atas letupan tersebut.- Xinhua