Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,697 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini setakat tengah malam tadi.

Kesemuanya adalah kes jangkitan tempatan, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,442,746.

Data COVIDNOW menunjukkan enam kes kematian dalam tempoh sama semalam termasuk satu kes berlaku di luar hospital.

Kes kematian akibat Covid-19 terus bertambah kepada 35,620.

Jumlah kes aktif pula sebanyak 144 semalam menjadikan angka kumulatif kepada 30,879.

Sebanyak 1,123 menerima rawatan di hospital termasuk 40 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu hanya 22 kes sahaja memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette