housemen bully house officers Health Minister, Khairy Jamaluddin Abu Bakar greets the guests during the Ministry of Health (MOH) Hari Raya Aidilfitri Celebration at the Putrajaya International Convention Centre (PICC). PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 17 MAY 2022.
Health Minister, Khairy Jamaluddin Abu Bakar greets the guests during the Ministry of Health (MOH) Hari Raya Aidilfitri Celebration at the Putrajaya International Convention Centre (PICC). PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 17 MAY 2022. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin beramah mesra dengan sebahagian tetamu yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 17 MEI 2022.

PUTRAJAYA – Pasukan Petugas Khas Bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HWCITF) akan mendengar pandangan daripada semua pihak dan memberi laporan secara bebas.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pasukan berkenaan dianggotai oleh pakar-pakar yang akan memberi laporan tanpa prejudis.

Justeru katanya, tidak timbul isu dakwaan tentang pasukan berkenaan tidak inklusif.

Task force ini akan dengar semua pandangan dan pendapat, saya lantik pakar-pakar dari luar daripada hospital yang luar daripada bidang yang sedang bertugas di lapangan kerana kita mahu mereka bentuk laporan yang bebas,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Sambutan Aidilfitri bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sini hari ini.

Tambah Khairy, pandangan dan laporan yang bebas berkenaan isu budaya kerja perkhidmatan perubatan menjadi faktor ketiadaan doktor pelatih sebagai wakil dalam pasukan berkenaan.

“Saya tubuhkan pasukan yang bebas supaya tidak ada pandangan-pandangan yang prejudis dalam jawatankuasa itu. Sebab itu dalam jawatankuasa itu tidak ada seorang pun doktor pelatih walaupun ada doktor. Sebab kita mahu pasukan ini bebas,” tambahnya.

Terdahulu HWCITF ditubuhkan bagi menyiasat kes buli dalam kalangan doktor pelatih.– MalaysiaGazette