Foto Instagram Siti Nurhaliza.

KUALA LUMPUR – Setelah wajah beberapa artis tempatan dipaparkan di iklan digital di New York Times Square kini tiba giliran penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza diberi penghormatan yang sama.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Siti menerusi satu perkongsian di akaun Instagram miliknya bersama gambar iklan digital tersebut.

“Bersyukur saya dapat berita hari ini kerana diberi penghormatan apabila wajah saya dipaparkan di papan iklan digital tersohor New York Times Square, Amerika Syarikat.

“Penampilan saya mewakili negara Malaysia pada papan iklan ini adalah sebahagian daripada kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital tersohor dunia, Spotify,” tulis.

Kata Siti, 43,, EQUAL adalah sebuah program peringkat global oleh Spotify yang ingin memupuk kesamaan wanita dengan memaparkan artis-artis wanita dari seluruh dunia.

“Terdapat 35 senarai lagu atau playlist EQUAL yang meliputi artis dari 50 negara. Saya merupakan salah seorang wakil bagi senarai lagu EQUAL Malaysia dan Singapura,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast