Individu yang sudah lengkap dos vaksin kini dibenarkan untuk menjalankan majlis akad nikad di mana-mana lokasi di Selangor.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Individu yang sudah lengkap dos vaksin kini dibenarkan untuk menjalankan majlis akad nikad di mana-mana lokasi di Selangor.

Kebenaran itu diberikan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan majlis boleh diadakan tanpa sebarang had kehadiran tetamu.

Menerusi perkongsian infografik di Facebook, antara lokasi yang dibenarkan adalah seperti pejabat agama Islam daerah, masjid, surau, rumah atau di mana-mana dewan.

JAIS turut memaklumkan, individu yang tidak lengkap vaksin boleh hadir ke majlis berkenaan namun tertakluk kepada beberapa syarat.

Antara syarat itu adalah mereka yang hadir tidak positif Covid-19 dan tidak berada dalam tempoh arahan perintah pengawasan dan pemantauan.

Sementara itu, individu bukan warganegara yang baru tiba di Malaysia tanpa vaksinasi lengkap tidak dibenarkan hadir. – MalaysiaGazette