Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Langat direman empat hari bermula hari ini kerana dipercayai meminta wang rasuah berjumlah RM80,000.

SHAH ALAM – Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Langat direman empat hari bermula hari ini kerana dipercayai meminta wang rasuah berjumlah RM80,000.

Lelaki 35 tahun berkenaan dipercayai meminta rasuah sebagai balasan untuk mengesahkan kerja pembaikan, baikpulih dan lain- lain kerja berkaitan di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Perdana.

Terdahulu, permohonan reman dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Selangor di hadapan Majistret,  Fatina Amyra Abdul Jalil di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Sebagai rekod, suspek ditangkap menerima wang sejumlah RM10,000 semalam.- MalaysiaGazette