Singer and composer, Yasin Sulaiman is charged at the Petaling Jaya Sessions Court with growing 17 cannabis plants in his house at Kota Damansara. PIX: AMIRUL SHAUFIQ / MalaysiaGazette / 18 MAY 2022.
Singer and composer, Yasin Sulaiman is charged at the Petaling Jaya Sessions Court with growing 17 cannabis plants in his house at Kota Damansara. PIX: AMIRUL SHAUFIQ / MalaysiaGazette / 18 MAY 2022. Penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman dibawa keluar anggota polis selepas dituduh atas kesalahan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Kota Damansara ketika di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 18 MEI 2022.

PETALING JAYA – Bekas penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman muncul ceria di Mahkamah Majistret di sini hari ini untuk dibicarakan atas tuduhan menanam dan mengedar pokok disyaki ganja di kediamannya sebelum ini.

Malah Yasin, 47, sempat mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan jemaah Kabinet yang dikatakan bersetuju menjadikan kanabis untuk tujuan perubatan.

Pada masa sama, beliau juga sempat memberi salam kepada orang dan mengucapkan selamat hari raya serta memohon maaf jika ada kesilapannya.

“Assalamualaikum. Selamat hari raya dan maaf zahir batin.Terima kasih Perdana Menteri, Kabinet kerana bersetuju dengan kanabis untuk perubatan,” katanya tersenyum dan penuh ceria di Kompleks Mahkamah di sini hari ini.

Turut hadir memberi sokongan Ketua Kaukus Parlimen Perubatan Kanabis yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman dan peguamnya, Yusmadi Yusoff.

Pada 31 Mac lalu, Yasin berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar dadah jenis ganja di kediamannya pada 24 Mac lalu.

Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Mengikut pertuduhan, penyanyi popular dengan lagu Mimpi Laila itu didakwa mengedar dadah jenis ganja anggaran berat 214 gram.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah unit kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara di sini, pada jam 5.30 petang pada 24 Mac lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman dibawa keluar anggota polis selepas dituduh atas kesalahan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Kota Damansara ketika di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 18 MEI 2022.

Sementara itu, Yasin mengaku tidak bersalah bagi satu lagi pertuduhan di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin di Mahkamah Sesyen.

Tertuduh didakwa menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik berisi tanah merah di lokasi, waktu dan tarikh sama.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 6(B)(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang enam kali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Al-Saifi Hashim dan Asnawi Abu Hanipah manakala tertuduh diwakili peguam Yusmadi Yusoff.

Bagi kedua-dua prosiding itu, mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap Yasin dan menetapkan 18 Mei ini untuk sebutan semula kes. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Yasin dirai jika di negara maju bukan didakwa kerana perubatan kanabis – Syed Saddiq