Polis memberi amaran kepada penunggang motosikal agar tidak mengekori belakang polis yang mengiringi ambulans selepas ini.Ihsan JSPT KL

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang penunggang motosikal yang mengekori kereta polis yang sedang mengiringi sebuah ambulans Angkatan Pertahanan Awam (APM) di Jalan Kuching, di sini, menyebabkan seorang anggota polis menghalangnya daripada terus berbuat demuikian.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik(JSPT) Kuala Lumpur Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, video insiden itu tular di media sosial selepas dimuat naik oleh seorang pengguna Tik Tok yang memaparkan sebuah kenderaan polis sedang memberi laluan

“Kejadian berlaku kira-kira jam 8.40 pagi apabila kenderaan polis berkenaan dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur sedang membuat penugasan rondaan dan pemantauan di sekitar Jinjang dan Kepong.

“Anggota polis bertugas kemudiannya mendapati sebuah ambulan APM dari arah bulatan Kepong terhalang laluannya akibat laluan sesak menghala ke Jalan Kuching,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Sarifudin, anggota polis yang bertugas kemudian mengiringi ambulan berkenaan menghala ke tempat kemalangan untuk menyegerakan bantuan kecemasan kepada mangsa.

“Dalam video yang ditularkan terdapat penghargaan kepada pihak polis yang mengambil tindakan pantas mengiringi ambulan berkenaan.

“Pada masa yang sama, terdapat sebuah motosikal yang mengikuti rapat kenderaan polis, bagaimanapun anggota polis terlibat berjaya menghalang penunggang motosikal tersebut,” katanya.

Berikutan itu, Sarifudin memberi amaran kepada pengguna jalan raya supaya tidak mengekori kereta polis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast