Foto Twitter Shasa Aziz.

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang wanita yang dikenali dengan nama Shasa Aziz yang berkongsi video dengan menyantuni kanak-kanak dijangkiti HIV dan AIDS  menarik perhatian warganet.

Ini kerana perkongsian wanita yang mengadakan lawatan ke rumah perlindungan Persatuan Kebajikan Anak Kepada Pesakit HIV / AIDS Nurul Iman Malaysia (Pernim) telah menimbulkan stigma sesetengah netizen.

“Hish you ni, tak ada penyakit cari penyakit banyak lagi benda boleh buat nak juga gigih pergi jumpa budak-budak HIV semua bagai ini memang undang naya,” antara komen seorang netizen.

Menerusi penjelasannya di Instagram miliknya Shasa tampil mengulas mengenai stigma yang diterima dan masih membelenggu sebahagian minda masyarakat.

I don’t normally share this but, I feel like I need to. Sha tak expect video yang Sha posted a few days ago menarik perhatian some Instagram users.

“Ramai yang terkejut tindakan Sha memegang adik Siti yang positif AIDS. First of all, my intention was to bersedekah selain nak hadiahkan Gift Box @olaolihq Travel Kit sekali gus meraikan Ramadan dengan anak-anak anugerah ni. Tak expect boleh bersua rapat.

Just to share, Sha dah buat body check, I’m fine sihat and no open wounds (luka terbuka) for precaution. So kita taklah datang bawa gloves sebab hakikatnya HIV or AIDS cannot be transmitted via touching unless ada open wound.

“Maka demi untuk betul-betul capai objective and intention kita, Sha tak pakai gloves, lagi pun ia untuk menjaga hati anak-anak ini,” tulisnya yang menegaskan HIV atau AIDS tidak mudah untuk berjangkit kepada orang lain.

Shasa yang merupakan seorang doktor pakar audiologi dan juga usahawan Ola Oli yang memasarkan SuperOla iaitu suplemen untuk meningkatkan sistem imunisasi badan kanak-kanak turut memuji usaha pengasas PERNIM, Datin Norlina Alawi yang mengorbankan masa dan tenaga menjaga anak-anak ini.

“Buat pertama kalinya menjejakkan kaki di PERNIM dan pengasasnya, Datin Norlina Alawi seorang figura yang berjiwa besar.

So lepas launch Ola & Oli hari tu, Sha selalu fikir mana lagi nak buat CSR ini kan, selalu asyik anak yatim je so this time, Sha try pula cari anak-anak HIV. Something different cause SuperOla is all about immune system right! Jadi macam kenalah dengan anak-anak HIV / AIDS yang sememangnya memerlukan makanan tambahan untuk increase imunisasi badan mereka.

“Macam dalam video ni, I sempat berbual dengan seorang pesakit AIDS yang dah memang kritikal. Nama dia Siti (dapat izin to share).

“Mama Norlina bukan saja mengambil dia sebagai anak angkat sejak kecil malah menjaganya sampai sekarang bahkan turut mengislamkan Siti dan abangnya. Mulianya hati Mama. Siti dapat virus HIV yang currently dah convert to AIDS daripada ibunya.

“Sebak sangat bila tengok Siti yang dalam keadaan lumpuh, buta dan ada jangkitan kuman dalam otak dan constantly cakap yang dia sayang Mama Norlina,” tulisnya.

Namun selepas itu di ruangan komen hantaran Instagramnya itu, Shasa kembali meraih pujian netizen kerana membantu anak-anak HIV dan AIDS serta menghentikan stigma buruk terhadap penghidap penyakit tersebut.

Proud of you, some people need to be educate more about HIV/AIDS disease plus precaution,” komen seorang pengikut Shasa.

Spread the awareness. Just touch them. Hug them. Kiss them. The real killer is stigma. The disease is easily managed in this day and age and it does not transmit with touch,” tulis seorang wargamaya.

Good you raise the awareness. AIDS ni ramai sangat ada stigma sampai pegang pun masih rasa boleh berjangkit,” ujar seorang netizen. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast