Mas Ermieyati Samsudin Melaka CM The Minister of Plantation Industries and Commodities (MPIC), Datuk Zuraida Kamaruddin speaks at a news conference after the launch of Mechanisation and Automation Research Consortium of Oil Palm (MARCOP) at Tenera Hotel, Bandar Baru Bangi, Selangor. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 18 NOVEMBER 2021.
Zuraida Kamaruddin

KUALA LUMPUR – Kementerian Perusahaaan Perladangan dan Komoditi (KPKK) akan tetap mengadakan perbincangam dengan Kementerian Kewangan untuk mengurangkan cukai eksport minyak sawit Malaysia kepada empat hingga enam peratus daripada lapan peratus.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, pada masa sama pihaknya mahu melambatkan pelaksanaan mandat biodiesel Malaysia untuk membantu memenuhi permintaan global di tengah-tengah kekurangan minyak makan.

Menurutnya, cadangan pemotongan sementara itu masih diperingkat awal perbincangan dan keputusannya adalah tertakluk kepada Kementerian Kewangan.

“Memandangkan Indonesia bergantung kepada eksport minyak sawit dan keputusan ini boleh memberi kesan kepada ekonomi Indonesia, larangan eksport Indonesia seperti yang dijangka telahpun ditarik balik sebagaimana yang telah diumumkan oleh Presiden Joko Widodo, semalam.

“Namun begitu, KPKK menggesa pemain industri untuk menumpukan perhatian kepada pembolehubah pasaran yang mampu mencetuskan ketidaktentuan harga antaranya dasar eksport Indonesia; pemulihan pengeluaran minyak sawit di Malaysia; pelarasan dasar biodiesel di pelbagai negara; perkembangan konflik Rusia-Ukraine; dan cuaca di Ameriak Syarikat dan Amerika Selatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Zuraida berkata, harga minyak sawit mentah (MSM) melonjak melepasi paras RM7,000/tan sehingga mencecah paras tertinggi iaitu RM7,516/tan berikutan tindakan Indonesia mengharamkan eksport minyak sawit mulai 28 April.

Katanya, larangan itu hanya akan ditarik balik jika harga minyak masak pukal turun kepada 14,000 rupiah seliter di seluruh Indonesia (sehingga 6 Mei, purata harga minyak masak tempatan telah turun kepada 17,200 rupiah/liter daripada sekitar 26,000 rupiah/liter).

Dalam pada itu Zuraida menegaskan, kementeriannya akan terus memantau situasi terkini melibatkan perubahan polisi Indonesia.

KPKK juga akan memastikan industri sawit terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, sekali gus memberi manfaat kepada semua terutamanya pekebun kecil dan pemain industri. – MalaysiaGazette