Datuk Seri Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib  Razak enggan mengulas spekulasi berkaitan gambar ‘isteri baharu’ yang viral sejak beberapa hari ini.

Bekas perdana menteri itu tidak menjawab pertanyaan media ketika dihampiri sejurus selepas tamat prosiding kes profil tinggi audit 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) di perkarangan Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

“No, no,” jawab Najib lalu masuk ke dalam keretanya sambil mengangkat tangan kepada media.

Terdahulu, media mengerumuni kereta Najib yang menunggu beliau untuk bertanya isu tersebut.

Semalam, gambar Najib bersama seorang wanita yang merangkul lengannya tular.

Wanita itu dikatakan adalah isteri baharunya.

Gambar yang tular itu turut menyebabkan netizen dan pengikut-pengikutnya bertanya soalan yang sama di akaun Facebook Najib.- MalaysiaGazette