Foto Facebook MSN.

KUALA LUMPUR – Malaysia mencapai sasaran 36 pingat emas kontinjen negara pada temasya Sukan SEA 2021 di Gimnasium Sukan Wilayah Ninh Binh, Hanoi menerusi acara karate kumite berpasukan lelaki sebentar tadi.

Skuad negara mara ke final selepas menewaskan tuan rumah, Vietnam 3-0 pada separuh akhir dan Laos 2-0 pada suku akhir.

Acara kumite berpasukan tidak ditawarkan pada Sukan SEA Filipina 2019 dan edisi 2017 di Kuala Lumpur.