Netizen mendakwa video lelaki bercium tular itu adalah anak kepada Prof Dr Mohd Ridhuan Tee iaitu Syafi Tee.

KUALA LUMPUR – Satu video kini tular yang memaparkan seorang lelaki yang didakwa anak kepada penceramah bebas, Prof Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah iaitu Syafi Tee bercium dengan wanita mengundang kecaman.

Menerusi video berdurasi 26 saat itu, individu berkenaan dilihat berpelukan dengan wanita yang kemudian mengucupnya di bibir.

Video yang tular di TikTok itu turut memaparkan Instagram wanita yang dipercayai kekasih pelakon tersebut memandangkan terdapat gambar mereka berdua digunakan sebagai gambar profile.

Malah, menerusi rakaman tersebut, video aksi mesra mereka itu dimuat naik dari akaun Instagram wanita tersebut dengan kapsyen my memory syafitee.

Sebelum ini, Syafi juga pernah terpalit dengan kontroversi apabila video dia sedang berpelukan dengan seorang wanita menjadi tular pada tahun lalu.

Video yang ditular di Twitter itu dikongsikan oleh seorang jurusolek yang bekerja bersama pelakon itu untuk penggambaran sebuah drama.

Tampil menjelaskan perkara itu, Syafi berkata, situasi sebenar bukanlah seperti apa yang difikirkan netizen malah individu yang dipeluknya bukanlah seorang wanita.

Untuk rekod, Ridhuan Tee juga kerap memberi komen mengenai kehidupan artis antaranya kontroversi melibatkan video aksi lucah aktor Zul Ariffin dan aksi mesra peserta Big Stage 2022, Yazmin Aziz dengan Danial Chuer. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast