Ahmad Fuzi (depan) bersembang dengan Mohd Ezman pada Majlis Pecah Tanah Pusat Pemerhatian Astronomi di Sekolah Menengah Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini.

SEBERANG PERAI – Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam atau High School Bukit Mertajam (HSBM) bakal memilik sebuah pusat pemerhatian astronomi sendiri.

Ia yang akan dikenali sebagai Pusat Pemerhatian Astronomi Tun Ahmad Fuzi sempena nama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak itu menelan kos berjumlah RM250,000.

Pengerusi Eksekutif Radiance Assets Berhad, Dr. Mohd Ezman Zamani berkata, projek yang dijangka siap tahun depan itu merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikatnya.

Mohd Ezman.

Jelas beliau, idea pembinaan pusat pemerhatian itu tercetus susulan minat mendalam Ahmad Fuzi terhadap astronomi serta aplikasi sains dan teknologi untuk pembangunan.

“Susulan itu, HSBM, alumninya serta Persatuan Astronomi Pulau Pinang mencadangkan untuk membangunkan pusat tersebut di sekolah ini dan ia juga disokong penuh oleh Tun (Ahmad Fuzi) walaupun projek itu tidak mudah dibangunkan.

“Saya minat juga astronomi namun zaman itu tidak mempunyai kemudahan untuk mendalaminya.

Ahmad Fuzi merasmikan majlis pecah tanah pusat pemerhatian astronomi di HSBM.

”Saya percaya dengan adanya pusat pemerhatian ini dapat menarik minat lebih ramai pelajar untuk menceburi bidang astronomi,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Terdahulu, Ahmad Fuzi merasmikan Majlis Pecah Tanah untuk membangunkan pusat pemerhatian astronomi itu di HSBM di sini.

Turut berlangsung pada majlis yang sama ialah sesi penyerahan cek tajaan Radiance Assets Berhad bernilai RM250,000 kepada alumni sekolah tersebut melalui Presiden Alumni HSBM, Datuk S. Kulasegaran.

Mohd Ezman (dua dari kiri) menyampaikan cek tajaan kepada Kulasegaran (duduk).

Sementara itu, Ahmad Fuzi dalam ucapannya berharap kemudahan teknologi tersebut dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga HSBM.

Beliau juga melahirkan rasa bangga susulan  sekolah itu dikatakan berada pada landasan memacu ke arah kecemerlangan dan kegemilangan.

Majlis itu diadakan sempena Hari Gabenor HSBM iaitu sebagai penghargaan kepada Ahmad Fuzi yang menjadi alumni pertama sekolah itu bergelar Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast