Judge Mohd Nazlan Mohd Ghazali 1MDB SRC International conflict of interest Najib Razak
Mohd Nazlan Mohd Ghazali

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengemukakan kertas siasatan kes melibatkan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei lalu 2022 lalu untuk kajian dan arahan selanjutnya.

Kertas siasatan itu diserahkan selepas SPRM selesai melakukan siasatan kes melibatkan Hakim Mahkamah Rayuan itu.

Jelas SPRM, siasatan yang bermula sejak Mac lalu telah dilengkapkan dengan mengumpulkan bukti-bukti berkaitan mengikut panduan dan prosedur yang ditetapkan.

Siasatan itu dibuat selepas sebuah portal mendakwa Mohd Nazlan mempunyai kekayaan yang tidak dapat dijelaskan sumbernya.

Mohd Nazlan kemudian bertindak membuat laporan polis menafikan tuduhan tersebut.

Menurut kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Istana Kehakiman Putrajaya, artikel ditulis oleh Raja Petra bertajuk ‘Judge Mohd Nazlan being investigated for unexplained RM1 million in his bank account‘ yang disiarkan sebuah portal adalah palsu dan tidak berasas. – MalaysiaGazette