PDRM logo police lockup death Benedict Thanilas
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Wanita berumur 71 tahun ditemukan tidak sedar diri manakala anak lelakinya tergantung di dalam rumah di kawasan Kampung Baru Kundang, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata, hasil siasatan mendapati kematian dua beranak berkenaan tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

“Tiada sebarang kesan umpil dan pecah masuk. Barang-barang peribadi milik kedua-dua simati seperti wang tunai dan telefon bimbit berada ditempat kejadian.

“Pemeriksaan keatas kedua-dua mayat si mati tidak menjumpai sebarang unsur jenayah,” katanya menerusi kenyataan sambil menambah anak lelaki wanita berkenaan berumur 35 tahun.

Ujar beliau, mayat dua beranak berkenaan telah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Sungai Buloh untuk tujuan bedah siasat.

Kata Zainal Mohamad, kematian berkenaan diklasifikasi sebagai Kes Mati Mengejut (SDR) sehingga laporan bedah siasat lengkap diperolehi. – MalaysiaGazette