Datuk Seri M Saravanan hadir majlis anugerah’Desam Media Golden Icon Awards 2021/2022’.

KUALA LUMPUR – “Janganlah asyik mengadu domba, tuding jari salahkan semua orang kerana apa yang diinginkan oleh anda tidak dapat di kecapi, sesuatu kejayaan itu bukanlah datang begitu sahaja,”

Itu nasihat yang diberi Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan kepada masyarakat India yang dilihatnya banyak membuang masa mengkritik daripada berusaha untuk memajukan diri sendiri.

Kata beliau, terdapat mereka menggunakan dalam media sosial untuk menghasut pihak-pihak tertentu tanpa memikirkan kesan ke atas komuniti.

“Jika mahu berjaya, anda perlu bekerja keras. Jangan asyik meminta itu ini kemudian mengadu domba. Bukan guna media sosial seperti WhatsApp untuk sebar benda bukan-bukan.Hentikanlah perbuatan sia-sia seperti ini.

“Hari ini saya hadir bagi memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada usahawan, ahli korporat, aktivis masyarakat serta pengamal media. Pengiktirafan ini juga untuk sumbangan serta kejayaan mereka ini.

“Ada banyak muka yang saya kenal hari ini, muka-muka ini setahu saya telah bekerja keras. Mula dari bawah, kerja siang malam sehingga di kenali dalam masyarakat hari ini malah di beri pengiktirafan seperti hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis ‘Desam Media Golden Icon Awards 2021/2022′ bagi mengiktiraf kumpulan korporat, usahawan dan pengamal media, di sini, hari ini. -MalaysiaGazette