KUALA LUMPUR – Mayat lelaki berusia 20 tahun yang terjun dari Jambatan Banting ditemukan pada jam 1.14 tengah hari, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, mangsa yang dikenalpasti sebagai Yohanesan A/L P.Bariselvam ditemukan satu kilometer (km) daripada Jambatan Banting.

Terdahulu, lelaki berkenaan dilaporkan terjun dari Sungai Banting dua hari lalu selepas pihak bomba menerima panggilan telefon menegnai kejadian tersebut pada jam 10.58 malam.

Pasukan penyelamat melakukan pencarian pada malam berkenaan dan disambung pada semalam sebelum ditemukan pada hari ini.

“Pencarian dilakukan melalui susur Sungai Kuala Langat menghala ke Bukit Canggang sejauh lima km dari mangsa terjun,” kata kenyataan tersebut.

Ketika proses pencarian, pasukan bomba turut menemui telefon dan selipar dalam kereta mangsa di atas jambatan berkenaan.

Sementara itu, kenyataan berkenaan berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. -MalaysiaGazette