Tedros Adhanom Ghebreyesus. foto AP

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sekali mengulangi amatan bahawa pandemik Covid-19 “masih jauh daripada berakhir.”

“Seperti yang saya katakan wabak itu masih jauh daripada berakhir. Dan walaupun kita terus memeranginya, kita menghadapi tugas memulihkan perkhidmatan kesihatan penting, dengan 90 peratus negara anggota melaporkan gangguan satu atau lebih perkhidmatan kesihatan penting,” katanya. Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Berucap pada Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-75, Ghebreyesus berkata, pandemik Covid-19 telah menunjukkan mengapa dunia memerlukan WHO.

“Kita memerlukan WHO yang lebih kukuh dan dibiayai secara mampan,” katanya pada perhimpunan tahunan itu.

Tambahnya, WHO masih “jauh di belakang” untuk melihat 1 bilion lagi orang mendapat manfaat daripada perlindungan kesihatan sejagat menjelang tahun depan.

Sebelum wabak itu, WHO menganggarkan hanya 270 juta lagi orang akan dilindungi menjelang 2023 – namun masih kekurangan 730 juta orang berbanding sasaran 1 bilion.

“Gangguan kepada perkhidmatan kesihatan semasa wabak telah menyebabkan kita mundur dan kita menganggarkan kekurangan boleh mencecah 840 juta,” katanya.

Ghebreyesus juga berkata, kerajaan harus meletakkan kesihatan rakyat sebagai keutamaan dalam pelan rancangan pembangunan dan pertumbuhan. – Xinhua