Foto Facebook Wan Ahmad Fayhsal.

KUALA LUMPUR – Perkongsian Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Wan Ahmad Fayhsal tentang pertemuannya dengan seorang TikTokers yang dikenali sebagai Haqiem Stopa tular dalam kalangan netizen.

Ini kerana Wan Fayhsal dikecam di laman media sosial selepas menggunakan gelaran ‘ikon permotoran belia’ kepada TikTokers yang sering membuat hantaran berkenaan permotoran.

Menerusi perkongsiannya, beliau telah menzahirkan rasa kagum dengan anak muda berusia 22 tahun terbabit dengan menggunakan gelaran ‘ikon permotoran belia’ kepadanya.

Beliau rasa terharu apabila mendengar keinginan pemuda tersebut yang mahu menggunakan popularitinya sebagai platform untuk menyatupadukan belia di negara ini.

Namun dalam ruangan komen, pelbagai pandangan dan komen negatif diterima kerana terdapat segelintir netizen merasakan TikTokers tersebut tidak layak menerima jolokan seperti itu.

Mereka juga menyelar tindakan Wan Fayhsal dengan menganggap ia adalah satu langkah ‘kurang bijak’ kerana ramai lagi individu muda berpengaruh mampu melakukan hal sama dan layak mendapat jolokan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast