Gambar hiasan

MOGADISHU – Mahkamah di Djibouti, Afrika timur menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun kepada seorang bekas menteri belanjawan dan bekas ketua polis kerana kesalahan membocorkan perbualan sulit antara presiden dan komander tentera, lapor media kerajaan pada Jumaat.

Perbuatan Bodeh Ahmed Robleh dan Abdillahi Abdi Farah itu adalah salah di sisi undang-undang, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan pejabat pendakwa raya.

Farah, bekas ketua polis, ditahan awal tahun ini atas dakwaan terlibat dalam rampasan kuasa terhadap Presiden Ismail Omar Guelleh, yang memerintah negara itu sejak 1999 dan satu daripada pemerintah paling lama berkhidmat di Afrika

Dua lagi pegawai lain turut dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana membocorkan rahsia negara. – Bernama