KUALA LUMPUR – Baru-baru ini gaya tudung penyanyi Aina Abdul dipertikaikan netizen dan dianggap seperti rahib.

Menjawab komen berkenaan, pelantun lagu Semalam itu berkata beliau hanya menganggap gaya tudung berkenaan hanya fesyen semata-mata.

Justeru, beliau berharap ia tidak diperbesarkan.

“Sebenarnya gaya hari ini (semalam) memang saya mahu tampil begini. Tiada sebab apa-apa, cuma ini adalah jenama Aina Abdul (gayanya).

“Saya suka berfesyen. Walaupun gaya hijab saya disamakan seperti sister (rahib), saya hanya anggap gaya tersebut hanya fesyen sahaja,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, gaya tudungnya tidak akan menjadikannya memuja sesuatu yang berlawanan dengan agama.

“Bukannya saya pakai hijab begini, saya akan berubah dan ‘memuja’ sesuatu. Lagi pun ini cara saya untuk memberi inspirasi kepada orang lain untuk tampil dengan kelainan.

“Untuk mereka di luar sana (netizen), kalau mahu ikut, ikutlah, Kalau tidak mahu, terpulang. Lagi pun saya tidak pernah suruh pun orang lain pakai hijab seperti ini,” tambahnya. – MalaysiaGazette