Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay (tengah) menunjukkan barang rampasan kejayaan menumpaskan nilai rampasan dadah berjumlah RM26.5 juta di Menara 1 Bukit Aman, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA'IM, 29 MEI 2022.

KUALA LUMPUR – Kegiatan sindiket dadah menggunakan dua unit kondominium mewah sebagai tempat setor simpanan dan pemprosesan pil dan serbuk dadah jenis ekstasi akhirnya terbongkar.

Sepasang kekasih disyaki mendalangi sindiket dadah berpusat ibu negara akhirnya tumpas di tangan polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya menumpaskan sindiket itu menerusi empat serbuan yang dilancarkan pada 26 Mei lalu.

Dalam serbuan antara jam 4.30 petang hingga 11.10 malam oleh JSJN Bukit Aman dan JSJN Kuala Lumpur, pihaknya berjaya menahan seorang suspek lelaki tempatan dan tiga wanita warga China sekitar ibu negara kerana disyaki terlibat dalam pemprosesan dan pengedaran dadah.

“Hasil soal siasat ke atas suspek berkenaan berjaya membawa kepada serbuan lanjut di dua unit kediaman di kondominium mewah berpagar dan dikawal ketat dengan pengawal keselamatan di ibu negara.

“Hasil pemeriksaan di kedua-dua unit kediaman itu, polis berjaya menemui 264.3 kilogram dadah jenis ekstasi dalam bentuk pil dan juga serbuk yang mana satu unit kediaman dijadikan tempat pemprosesan manakala satu lagi unit dijadikan setor penyimpanan bagi tujuan pengedaran.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay (tengah) menunjukkan barang rampasan kejayaan menumpaskan nilai rampasan dadah berjumlah RM26.5 juta di Menara 1 Bukit Aman, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 29 MEI 2022.

“Nilai rampasan dadah dianggarkan bernilai RM26.5 juta dan rampasan terbesar setakat ini,” katanya dalam sidang media kejayaan yang diadakan di Dewan Theatrette, Menara 1 Bukit Aman tengahari tadi.

Tambah Ayob Khan, modus operandi sindiket berkenaan adalah menyewa unit rumah di kondominium mewah dengan kadar sewa RM2, 500 sebulan bagi setiap unit untuk memproses dan mengedar dadah untuk pasaran tempatan.

Katanya, lelaki tempatan itu bersama kekasihnya warga China merupakan dalang yang menguruskan kegiatan dadah itu sepenuh masa dengan menyasarkan pelanggan di pusat hiburan.

Rampasan dadah berjumlah besar itu boleh diagihkan kepada seramai 880,967 penagih dadah.

Tiga suspek wanita tempatan itu disyaki berada di negara ini antara empat hingga lima tahun menggunakan pas lawatan sosial dan sedang disiasat tarikh sebenar memasuki negara ini.

“Hasil soal siasat sindiket berkenaan bergiat aktif dalam kegiatan terlarang di sisi undang-undang ini sejak penghujung tahun 2021 dan bekalan dadah berkenaan diperolehi dari pasaran gelap tempatan dengan segala ilmu pemprosesan disyaki dipelajari sendiri menggunakan teknologi yang ada.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay (tengah) menunjukkan barang rampasan kejayaan menumpaskan nilai rampasan dadah berjumlah RM26.5 juta di Menara 1 Bukit Aman, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 29 MEI 2022.

“Saringan awal ke atas keempat-empat suspek mendapati kesemuanya negatif dadah dan juga tidak memiliki rekod jenayah lampau,” katanya.

Kesemua suspek telah direman selama tujuh hari sejak 27 Mei lalu bagi membantu siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kata beliau, tindakan turut diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 yang mana JSJN berjaya menyita pelbagai aset milik sindiket bernilai RM122,000 antaranya dua kenderaan mewah bernilai RM115,000, peralatan serta pewarna yang digunakan untuk memproses dadah, wang tunai berjumlah RM3,000 seutas jam tangan berjenama dan barang kemas masing-masing bernilai RM2,000.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast