Dalam hantaran itu, Khairy turut memuat naik gambar lama beliau bersalaman bersama Rafizi.

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengucapkan tahniah kepada Rafizi Ramli atas kemenangannya sebagai Timbalan Presiden PKR.

Ahli Parlimen Rembau itu juga mengalu-alukan penglibatan semula bekas Ahli Parlimen Pandan itu dalam arena politik.

“Tahniah Rafizi Ramli kerana menang jawatan Timbalan Presiden PKR dan selamat kembali aktif berpolitik.

“Saya selalu mengatakan bahawa anda adalah ahli politik paling berbakat dalam generasi kita (walaupun berada dalam pasukan lain). Saya mendoakan yang terbaik untuk anda,” tulisnya dalam hantaran di Instagram Story hari ini.

Dalam hantaran itu, Khairy turut memuat naik gambar lama beliau bersalaman bersama Rafizi.

“Maafkan saya untuk gambar tersebut … Ia tidak menggambarkan realiti semasa, yang mana ia lebih favourable kepada anda,” tulisnya beserta emoji ketawa.- MalaysiaGazette