Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Kassim melawat ruang gerai makanan ketika menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 31 MEI 2022.

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur komited dan bersedia membantu Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) untuk mengesan baki 60 pelarian etnik Rohingya yang masih bebas selepas meloloskan diri dari Depoh Imigresen Sementara Relau, Sungai Bakap, Pulau Pinang pada April lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Komisioner Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya masih menunggu arahan daripada Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya.

“Saya difahamkan Bukit Aman dan Jabatan Imigresen telah mengadakan mesyuarat berkaitan kes itu. Maka kami sedang tunggu arahan untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Raya di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, di sini, hari ini.

Pada Jumaat lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pihaknya sedang melancarkan operasi di seluruh negara bagi mengesan 60 etnik Rohingya yang melarikan diri daripada Depoh Imigresen Sementara Relau

Pada 20 April lalu, seramai 528 pelarian Rohingya melarikan diri dari depot tahanan sementara berkenaan selepas memecahkan pintu blok dan jeriji penghadang kira-kira jam 4.30 pagi.

Turut Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Deputi Komisioner Datuk Yahaya Othman serta ketua-ketua polis daerah di kontinjen Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Kassim disambut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah ketika menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 31 MEI 2022.

Tambah beliau, pihaknya mengadakan sekatan jalan raya jika mempunyai maklumat mengenai pelarian itu. – MalaysiaGazette