Majlis Pelancaran Phang Pride Kid 2022 di Taman Badar, Kuantan hari ini

KUANTAN – Belum masuk setahun perlaksanaan Program Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid) kini kerajaan negeri memutuskan untuk menaikkan insentif kepada RM300 menjelang tahun depan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Ismail berkata, kenaikan RM100 daripada insentif semasa RM200 merupakan bentuk galakan dari kerajaan negeri.

Sehingga kini seramai 6,000 kelahiran bayi di negeri itu sejak ia dilancarkan pada 1 Januari 2022 dan Kuantan merekodkan daerah kelahiran tertinggi di Pahang.

“Setiap kelahiran di Pahang pada tahun ini, kerajaan negeri akan menyalurkan insentif berjumlah RM200 melalui dua jenis pemberian iaitu RM100 kepada bayi dalam bentuk wang simpanan dan RM100 dalam bentuk set penjagaan ibu dan bayi ketika berpantang.

“Peruntukan sebanyak RM5 juta yang akan memberi manfaat kepada lebih 25,000 bayi yang akan dilahirkan pada tahun ini dan program bagi tahun ini,” katanya ketika program Pelancaran Pahang Pride Kid 2022 di Taman Bandar hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.

Wan Rosdy Wan Ismail menandatangani plak senarai kelahiran bayi di negeri ini di Taman Bandar, Indera Mahkota, Kuantan hari ini.Bukan itu sahaja, Wan Rosdy berkata, sumbangan tersebut terbuka dan diberikan kepada semua bayi yang dilahirkan di Pahang.

“Sebagai  contoh, jika ibu yang mengandung dari negeri lain bercuti di sini dan tiba-tiba bersalin di sini maka bayi itu juga layak menerima Bantuan Pahang Pride Kid,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN :

400 pokok simbolik Pahang Pride Kid

JPNP tanam satu pokok untuk setiap anak dilahirkan di Pahang

Dalam pelancaran tersebut, Wan Rosdy menanam pokok berhampiran laluan tapak reaksi Taman Bandar, Indera Mahkota sebagai simbolik.

“Pokok sempena kelahiran bayi akan ditanam di lokasi yang sesuai di setiap daerah ini dan kami akan mengenal pasti pokok yang sesuai untuk ditanam mengikut landskap kawasan masing-masing.

“Inisiatif ini secara langsung akan menambahkan lagi bilangan pokok-pokok hutan sekaligus menyumbang kepada kelestarian biodiversiti hutan di negeri ini dengan jangkaan lebih 25,000 batang pokok hutan akan ditanam pada tahun ini.

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) telah menanam 400 pokok bagi setiap kelahiran bayi di negeri ini beserta senarai nama bayi pada pokok tersebut.

Sebagai simbolik, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) telah menanam 400 pokok bagi setiap kelahiran bayi di negeri ini beserta senarai nama bayi pada pokok tersebut. – MalaysiaGazette