Op Bersepadu yang dilancarkan di beberapa lokasi panas di ibu negara oleh JSPTK KL menyaksikan seramai 22 indibvidu ditahan dan kenderaan disita atas pelbagai kesalahan lalu lintas termasuk mabuk dan berlumba secara berbahaya sejak Jumaat hingga awal pagi Ahad. Ihsan JSPT KL

KUALA LUMPUR – Sebanyak 463 saman pelbagai kesalahan dikeluarkan ke atas pengguna jalan raya dalam Op Bersepadu, Ops Samseng Jalanan, Op Had Laju, Op Motosikal dan Op Mabuk di sekitar ibu negara bermula Jumaat hingga awal pagi Ahad.

Timbalan Ketua Jabatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Superintendan Zulkafli Chek Lah berkata, seramai 15 pegawai kanan dan 128 pegawai rendah polis telah terlibat dalam operasi di sekitar Pusat Bandar, Jalan Raja Laut, Jalan Tun Razak, Jalam Kuching dan Lebuhraya DUKE.

Katanya, sebanyak 26 buah motosikal telah disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan mengubahsuai struktur kenderaan(Ekzoz).

“Motosikal yang disita akan diambil tindakan dan pemeriksaan oleh pihak JAS serta diarahkan mengubah ke struktur asal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, dalam Op yang sama, seramai 12 pemandu berumur dalam lingkungan 23 hingga 59 tahun telah ditahan di bawah Seksyen 45(A) APJ 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Kesemua tangkapan telah dibawa ke Balai Polis Trafik, Kuala Lumpur dan akan dituduh di bawah seksyen yang sama.

“Kita juga memberkas seorang penunggang motosikal berumur 20tahun yang telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 29(1) AKK1955 dan akan dituduh di bawah Seksyen 108(3)(e) APJ 1987 kerana kesalahan memalsukan nombor pendaftaran kenderaan.

“Justeru seorang remaja berusia 14 tahun antara sembilan individu ‘mat rempit’ ditahan kerana melakukan kesalahan menunggang dalam keadaan merbahaya dan melakukanaksi
zig – zag, roket, superman serta bersaing.

“Kesemua tangkapan berumur dalam lingkungan 14 hingga 21 tahun itu telah dibawa ke Balai Polis Trafik, Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut dan akan dituduh di bawahSeksyen 42(1) APJ 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yanglain,” kata beliau.

Beliau memberitahu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur akan terus mempertingkatkan operasi di hujung minggu bagi mencegah dan membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan serta menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pun mempunyai maklumat boleh menghubungi Balai PolisTrafik ( JSPT ), Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau HotlineJSPT KualaLumpur di talian 03-20260267/69 atau mana- mana balai Polis berhampiran. – MalaysiaGazette