Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak. foto MOHD ADZLAN, 08 NOVEMBER 2020. senior judge sexual harassment naked
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak. foto MOHD ADZLAN

KUALA LUMPUR – Seorang wanita dan dua lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes curi sport rim dan tayar kereta di sebuah bengkel di Industrial Park, Ampang, kelmarin.

Menerusi kenyataan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya turut merampas sebuah tayar bersama sport rim dipercayai barang kes yang hilang.

Turut dirampas tiga telefon bimbit serta dua kereta jenis Proton Wira Aeroback dan Proton Wira yang digunakan semasa kejadian.

Menurut beliau, polis menerima aduan daripada pekerja bengkel itu yang memberitahu, kesemua tayar serta sport rim kereta jenis Honda Accord milik pelanggan telah dicuri semasa hendak membuka bengkel pada 24 Mei lepas.

Tambahnya, suspek yang berumur 23 hingga 33 tahun itu juga mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Kesemua suspek direman hingga 7 Jun ini untuk siasatan mengikut Seksyen 379A (1) Kanun Keseksaan kerana mencuri komponen kenderaan. – MalaysiaGazette