Norlela.

GEORGE TOWN – Sebanyak 3,990 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) direkodkan di negeri ini bagi minggu epid 23.

Exco Agroteknologi dan Keselamatan Makanan Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan, Dr Norlela Ariffin berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan 22 kali ganda dalam tempoh sama berbanding tahun lalu iaitu sebanyak 176 kes.

“Pada 2019 jumlah kumulatif kes 1,727  menunjukkan peningkatan 1.3 kali ganda jika dibandingkan dalam tempoh sama tahun ini namun ketika pandemik Covid-19 pada tahun lalu sebanyak 176 kes kes HFMD direkodkan.

“Bagaimanapun, dalam tempoh sama pada tahun ini, jumlah kumulatif kes HFMD meningkat 22 kali ganda dengan jumlah 3,990 kes,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut Dr Norlela berkata, kes HFMD tertinggi banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak berusia enam tahun dengan 3,357 kes diikuti oleh kumpulan berusia tujuh hingga 12 tahun (377 kes) dan selebihnya berusia lebih 12 tahun (256 kes),” beliau. – MalaysiaGazette