KUALA LUMPUR – Kapten Penang FC, Azmi Muslim dilamar PDRM FC secara pinjaman untuk menyarung jersi kelab itu bagi baki musim Liga Malaysia musim ini.
Azmi telah bersama Penang FC sejak tahun 2019 dan membantu kelab itu menjulang Liga Premier pada tahun 2020.
Lahir dan dibesarkan di Pulau Pinang namun kariernya tidak bermula di negeri itu sehinggalah setelah berusia 33 tahun, dua tahun yang lalu.
Antara pertahanan kiri terbaik negara satu masa dulu, malah pernah bermain di pasukan-pasukan besar seperti Kedah, Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT), menjadikan Azmi sebagai antara pemain sensasi dalam negara.
Malah, pertahanan yang bermula sebagai pemain yang lahir daripada rancangan pencarian bakat di televisyen, MyTeam itu juga tampil hampir 20 kaps bersama skuad kebangsaan dan membantu Harimau Malaya mara ke final Piala AFF Suzuki 2014.
Karier Azmi bermula di skuad UPB-MyTeam, kemudian berhijrah ke Kedah, ATM, JDT, FELDA United, Selangor, PKNS, Melaka United sebelum menyertai pasukan bermasalah Perlis dan yang terakhir, beraksi di Kuala Lumpur pada musim lalu. – MalaysiaGazette