Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (KJSJN) Pahang, Superintendan Azmi Awang Lah

KUANTAN – Dua lelaki dari Perak dan Kedah disyaki pengedar dadah berjaya diberkas polis dalam serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Rompin di Muadazam Shah dekat sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (KJSJN) Pahang, Superintendan Azmi Awang Lah berkata, tangkapan dilakukan ke atas dua lelaki berusia 30 dan 34 tahun di Perumahan Pekerja Ladang Mekassar pada pukul 2.30 pagi.

Pihak polis berjaya merampas enam paket plastik lutsinar berisi 671.13 gram heroin dan satu bungkusan seberat 73.33 gram berupa syabu serta menyita sebuah motosikal Jenis Yamaha R25 berwarna biru dalam serbuan itu.

Pihak polis berjaya merampas enam paket plastik lutsinar berisi 671.13 gram heroin dan satu bungkusan seberat 73.33 gram berupa syabu dalam serbuan yang dilakukan oleh pasukan BSJN IPD Rompin pagi tadi di Muadzam Shah hari ini

“Hasil siasatan polis mendapati kedua-dua lelaki itu berasal dari negeri di utara tersebut memperoleh mendapat bekalan dadah dari  lelaki India di kawasan Gombak, Selangor dengan nama panggilan ‘Boy’.

“Jumlah hasil rampasan dadah bernilai RM30,700 di mana RM23,400 berupa nilai rampasan heroin dan rampasan syabu pula bernilai RM7,300.

Siasatan lanjut juga mendapati suspek pertama baru bergiat aktif selama dua bulan dalam aktiviti pengedaran dadah namun kedua-dua suspek mempunyai sejarah bergelumang dengan penagihan sejak enam tahun lepas.

Selain itu, suspek yang berusia 34 tahun berasal dari Perak mempunyai 22 rekod lampau di mana 12 kes daripadanya terbabit di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

ARTIKEL BERKAITAN :

Mufti Pahang, Ayob Khan sepakat meterai wadah dakwah depani isu narkotik

Polis cekup tiga Geng Kitty, rampas heroin

“Manakala lelaki berusia 30 tahun dari Kedah turut mempunyai tiga rekod lampau dalam kes dadah. Ujian saringan awal polis terhadap kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Azmi, usaha mengesan dalang dalam kes berkenaan diteruskan dan kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Sesyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. – MalaysiaGazette