Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani ketika ini sedang menjalani kuarantin selepas disahkan positif Covid-19 ketika menyertai lawatan kerja rasmi Kementerian Dalam Negeri (KDN) ke Turki awal bulan ini.

Ketika dihubungi Acryl Sani mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan dirinya tidak banyak mengalami simptom serius kecuali demam sahaja.

“Sudah tujuh hari saya kuarantin, sepatutnya berakhir hari ini. Semalam dan hari ini ujian RTK menunjukan negatif, jadi semuanya okay ketika ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast