Najib Razak

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yakin beliau boleh bertanding di Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) biarpun berdepan beberapa tuduhan rasuah di mahkamah.

Jelasnya, tuduhan-tuduhan terhadap beliau adalah berdasarkan kepada tuduhan politik semata-mata.

“Saya percaya saya boleh kembali (ke PRU15).

“Terdapat contoh kes yang membolehkan saya bertanding,” katanya dalam wawancara dalam CNNNews18https://twitter.com/i/status/1535616669359427584 semalam.

Najib berkata demikian ketika ditanya penyampai berita saluran itu, Maha Siddiqui samada beliau boleh kembali ke arena politik selepas dihadapkan ke mahkamah atas dirinya.

Dalam pada itu, Najib berharap agar kes yang dituduh terhadap beliau diisytiharkan sebagai ‘kesalahan perbicaraan’ (mistrial).

Jadi saya berharap bahawa mereka (mahkamah) boleh mengisytiharkan kes ini sebagai ‘mistrial’.

“Ini akan membantu saya dari segi politik,” katanya lagi.

Tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara keseluruhan berjumlah 72 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib selepas didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan membabitkan perbuatan pecah amanah, rasuah dan salah guna kuasa.

Bagi tiga pertuduhan pecah amanah wang RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.Najib dipenjarakan masingh-masing 10 tahun. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Pemimpin yakin selagi dia tahu rakyat bodoh .rakyat bodoh lebih berbahaya dari pemimpin bodoh .

Comments are closed.