KUALA LUMPUR – Penyerang berbisa, Erling Haaland secara rasminya diumumkan sebagai pemain baharu Manchester City selepas memeterai kontrak selama lima tahun dengan yuran perpindahan bernilai £51.2 juta.

Persetujuan telah dicapai untuk mendapatkan Haaland pada Mei lalu selepas kelab juara Liga Perdana Inggeris (EPL) 2021/22 tersebut mengaktifkan klausa pelepasan pemain itu.

City dikatakan dekat dengan dengan jiwa Haaland kerana bapanya, Alf-Inge Haaland merupakan bekas pemain Manchester City bermula musim 2000/01 hingga 2002/03.

Mengulas mengenai perpindahannya ke Manchester City, Haaland tidak dapat menyembunyikan rasa gembiranya untuk menyarung jersi The Cityzens.

“Ini merupakan hari yang sangat membanggakan buat saya dan juga keluarga saya,” ujar Haaland menurut kenyataannya di laman sesawang City.

Sepanjang bersama Borussia Dortmund sejak pertengahan musim 2019/20, Erling Haaland telah menjaringkan 86 gol pada 89 penampilannya di semua pertandingan yang disertai. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast