KUALA LUMPUR – Bilik menggosok pakaian di asrama lelaki Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu di Nilai musnah terbakar hari ini.
Pegawai Bomba Kanan II, Harzizi Hashim berkata, jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 tiba ke tempat kejadian pada pukul 2.16 pagi selepas menerima panggilan kecemasan.
“Hampir 40 peratus musnah terbakar bilik berkeluasan 10×10 kaki persegi itu. Ia berjaya dipadamkan dalam masa 10 minit dengan bantuan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Nilai dan Mantin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, semua pelajar lelaki dalam asrama itu selamat dan tiada mangsa dilaporkan menjadi mangsa kemalangan yang berlaku. – MalaysiaGazette.