Covid-19 positive cases
Petugas kesihatan melakukan kerja-kerja ujian saringan Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Klinik Anda Kota Damansara, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 09 FEBRUARI 2022.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kes jangkitan Covid-19 melonjak kepada 2,092 semalam berbanding 1,571 sehari sebelumnya.

Semua kes adalah jangkitan tempatan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 1,251 kes dilaporkan di Selangor, Kuala Lumpur (262) dan Pulau Pinang (105).

Lonjakan itu menjadikan kes kumulatif jangkitan Covid-19 negara kepada 4,491,210.

Kes kematian yang direkodkan pada tempoh sama juga naik kepada empat berbanding satu pada 12 Jun 2022, menurut laman sesawang COVIDNOW.

Pertambahan itu menjadikan kes keseluruhan kematian kepada 35,716.

Jumlah kes aktif bagi tempoh sama pula sebanyak 22,607 termasuk 978 di hospital.

Daripada jumlah itu hanya 24 kes menerima rawatan di unit rawatan rapi dengan 12 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette