Allahyarham Hamid Gurkha.

KUALA LUMPUR – Pelawak legenda, Hamid Gurkha meninggal dunia pada jam 2.11 petang ini.

Allahyarham Hamid Gurkha atau nama asalnhya Abdul Hamid Abdul Rahman dilaporkan meninggal di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Pelawak yang mula dikenali menerusi filem Panglima Badol pada 1978 meninggal dunia pada usia 90 tahun.

Allahyarham yang semakin uzur pernah dijangkiti Covid-19 pada Mac yang lalu.

Hamid Gurkha dan isterinya, Timah Abdul Hamid, 80, mendirikan rumah tangga enam dekad pada April 1957.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan lapan cahaya mata, namun dua daripadanya meninggal dunia.

Beliau juga dikurniakan 32 cucu dan 18 cicit. – MalaysiaGazette