Bruno Pereira (kiri) dan Dom Phillips dalam rakaman gambar pada tahun 2018. Foto The Guardian

BRASILIA – Polis Brazil menafikan laporan penemuan mayat di Amazon milik seorang wartawan dan pakar orang asli yang hilang.

Dom Phillips dan Bruno Pereira hilang pada 5 Jun.

Kedua-dua mayat dilaporkan ditemui diikat pada pokok

Abang ipar Phillips berkata, Kedutaan Brazil di United Kingdom telah memaklumkan polis hanya menemui beberapa barang dan bahan biologi dan semua mereka yang masih diuji.

Persatuan pribumi di rantau itu – Univaja, yang mula-mula memaklumkan pihak berkuasa tentang kehilangan dua lelaki itu memberitahu BBC bahawa tiada mayat ditemui.

Bagaimanapun, abang ipar Phillips, Paul Sherwood berkata, dia menerima panggilan pada pagi Isnin daripada pegawai perhubungan di Kedutaan Brazil dan diberitahu bahawa dua mayat telah ditemui.

Pihak kedutaan telah memberitahu keluarga itu sebelum dimaklumkan kepada media.

Berita penemuan mayat kedua-dua lelaki itu dilaporkan oleh media tempatan dan antarabangsa, kata keluarga Phillips.

Tetapi polis persekutuan Brazil segera mengeluarkan kenyataan yang mengatakan tiada mayat ditemui dan memaklumkan kepada BBC terdapat kesilapan komunikasi.

Kumpulan tempatan berkata, kedua-dua lelaki telah menerima ancaman kerana kerja mereka menyokong hak orang asli di rantau ini.

Mereka dipercayai hilang ketika menaiki bot untuk membuat laporan.

Kedua-dua Dom Phillips dan Bruno Pereira terkenal kerana mempunyai pengetahuan mendalam tentang rantau ini.

Phillips telah tinggal di Brazil selama lebih sedekad dan merupakan penyumbang kepada akhbar Guardian – dia berada di kawasan itu untuk penyelidikan.

Pereira, yang sedang bercuti dari jawatannya dengan agensi hal ehwal pribumi kerajaan Funai, adalah pakar dalam suku terpencil di Amazon. – BBC

Barangan milik wartawan hilang ditemui di Amazon