Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir bagi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara di Kementerian Kewangan, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 14 JUN 2022.

PUTRAJAYA – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malasyia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan desas desus bahawa Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan meninggalkan parti.

Jelasnya, ia adalah dakwaan palsu dan beliau sering berbincang dengan Azmin mengenai parti.

“Setahu saya tidak betul (Azmin nak keluar parti), saya rapat dengan Azmin.

“Saya kerap berbincang dengan Azmin soal masuk keluar (parti) dan masa depan (parti).

“Malah Rashid (Datuk Rashid Hasnon) masa saya majlis raya dia tak ada bercerita (mengenai nak keluar Bersatu),” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat keenam Majlis Pemulihan Negara (MPN), di Kementerian Kewangan, hari ini.

Sebelum ini, timbul laporan sebuah portal berita yang melaporkan Azmin dan Rashid dijangka melompat parti.

Kedua-duanya dikatakan akan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) mengikut jejak Datuk Zuraida Kamaruddin.

Muhyiddin dalam pada itu menganggap Azmin sebagai seorang yang baik kerana sering berbincang dengan beliau mengenai Bersatu.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu juga berkata, laporan media itu tidak berasas dan hanya menjadikan Bersatu sebagai sasaran.

“Tumpuan kepada Bersatu, apa (mereka) bimbang? Bersatu ini parti kecil sahaja, kalau tak ada cerita itu lebih baik,” jelas Muhyiddin.

Semalam, Setiausaha Politik Azmin, Hilman Idham menyifatkan laporan mengaitkan nama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu yang dijangka lompat parti adalah propanda murahan. – MalaysiaGazette

Dakwaan Azmin tinggalkan Bersatu satu propaganda murahan – Hilman

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast