Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sumbangan kepada one-off sebanyak RM200 ringgit kepada 8,000 orang veteran tentera dan 1,000 orang bekas polis di Temerloh, semalam

KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang memperuntukkan sebanyak RM 1.9 juta  kepada 9,000 veteran tentera dan pesara polis di negeri ini menerusi Bantuan Prihatin Pahang 2022 di bawah Kluster Apresiasi.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sumbangan one-off sebanyak RM200 merupakan tanda penghargaan kepada 8,000 orang veteran tentera dan 1,000 orang bekas polis yang telah berbakti kepada negara.

“Sebagai tanda terima kasih kepada jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh perwira negara khususnya di Negeri Pahang kerajaan negeri melancarkan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) khas untuk Veteran Tentera dan Polis.

“Sesungguhnya, kita dapat menikmati keadaan negara yang aman pada hari ini adalah hasil perjuangan dan pengorbanan yang telah diberikan oleh mereka dalam mempertahankan tanah air,” katanya menerusi kenyataan.

Wan Rosdy juga berpesan kepada generasi hari ini supaya mengenang jasa dan pengorbanan perwira negara dalam mempertahankan kedaulatan tanah air.

Untuk rekod, Kluster Apresiasi merupakan salah satu daripada empat kluster yang bakal menerima bantuan itu selain Kluster B40, Pelajar dan Anak Muda, serta Kluster Umum. – MalaysiaGazette