PU Amin.

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang usahawan terkenal memuat naik video menampar punggung bersama beberapa lagi selebriti turut menarik perhatian pendakwah, PU Amin.

Beliau menegur tingkah-laku empat wanita tersebut menerusi video yang dimuat naik dalam InstaStorynya.

“Malu jika tindakan mereka ini akan menjadi ikutan anak-anak muda, bukan begini sepatutnya cara menggunakan nikmat kaya yang Allah bagi.

“Bimbang nanti orang akan memandang serong kepada agama dan bangsa kita,” tegur PU Amin.

Semalam, tindakan empat usahawan produk iaitu Kak KM, Datuk Seri Vida, Ifa Raziah dan Cheta Pot Pet membuat aksi tayang dan tepuk punggung untuk promosi acara Minggu Usahawan Negara mendapat kecaman netizen.

Video yang tular itu turut mempersoalkan tindakan mereka serta meminta pandangan menteri mengenai perkara berkenaan.

Dalam video yang dipaparkan, Kak KM bertindak menepuk punggung mereka seolah-olah mahu ‘menguji kehebatan aset’ mereka. – MalaysiaGazette