KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang merancang membangunkan projek penternakan lembu wagyu di Bera di Lipis.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perbincangan pelaksanaan projek Pembangunan Wagyu Pahang bersama syarikat Farm Fresh Berhad telah bermula.

Tambah beliau, projek tersebut membabitkan kos pelaburan sehingga RM12 juta dengan penternakan lembu sebanyak 12,000 ekor telah bermula 

“Projek ini akan dilaksanakan di Ulu Mengkarak, Bera dan Kampung Tanjung Gahai, Lipis bagi memajukan sektor penternakan, khususnya lembu wagyu yang terkenal kerana kualiti dan keenakan dagingnya,” kata dalam kenyataan, hari ini.

Kredit : Facebook Wan Rosdy bin Wan Ismail

Menurut Wan Rosdy, pelaksanaan projek itu dapat merancakkan pengeluaran produk daging segar di negeri itu.

Beliau yang berharap perbincangan dengan syarikat berkenaan dapat direalisasikan untuk memastikan kesungguhan kerajaan negeri memperkasa sekuriti makanan, sekali gus memberi kesan langsung kepada rakyat negeri itu. – MalaysiaGazette