Foto; Twitter Lina Alhathloul

WASHINGTON – Satu papan tanda jalan dengan mana wartawan, Jamal Khashoggi, di hadapan Kedutaan Arab Saudi di Washington didedahkan kepada umum semalam, sehari selepas White House mengumumkan Presiden Joe Biden akan melawat Arab Saudi.

Khashoggi, warga Amerika Syarikat (AS) yang menulis untuk Washington Post, dibunuh dan mayatnya dikerat dan dilupuskan di konsulat Arab Saudi di Istanbul pada Oktober 2018.
Perisik AS percaya pembunuhan itu diarahkan putera mahkota, Mohammed bin Salman. Beliau menafikannya.

Semalam, papan nama jalan baharu di Washington itu didedahkan pada jam 1.14 tengahari (waktu timur AS) yang merupakan masa Khashoggi memasuki konsulat Arab Saudi.

Khashoggi
Jamal Khashoggi dilihat memasuki bangunan konsulat pada 2 Oktober lalu dan tidak keluar dari premis berkenaan. foto BBC

Satu kenyataan dibacakan bagi pihak tunang, Khashoggi, Hatice Cengiz.

Beliau menggesa Biden menjawab tentang kepura-puraan presiden itu selain meminta jawapan berhubung keberadaan mayat tunangnya, lapor The Guardian.

Menurut kenyataan tersebut: “Pada hari yang berbahagia ini namun pada majlis yang suram, saya mempunyai dua mesej. Mesej pertama saya ialah kepada Jamal. Wahai Jamal, idea dan nilai yang menyebabkan anda hilang nyawa diraikan di seluruh dunia dan terus menular di wilayah dan dunia ini.

“Mesej kedua saya kepada Presiden Joe Biden. Encik Biden, sebagai presiden anda akan melawat Arab Saudi tidak lama lagi yang mana anda akan menemui pembunuh kejam Jamal, menghina diri anda dan Jamal. Tuan Presiden, saya memohon anda tidak kehilangan kuasa moral atau terlepas pandang jenayah yang kejam ini. Anda perlu menegakkan ikrar untuk mengheret pelaku jenayah kejam ke muka pengadilan.

“Mengecewakan seperti ini, jika anda mempunyai prinsip dan nilai sekurang-kurangnya ada boleh bertanya, ‘Di mana mayat Jamal?, Tidakkah dia layak mendapat pengkebumian yang sepatutnya? dan Apa yang berlaku kepada pembunuh-pembunuhnya?

Hadir pada majlis itu Khalid Al-Jabri, anak lelaki kepada bekas ketua perisik Arab Saudi yang mana adiknya, sarah dan Omar dipenjarakan di Arab Saudi.

Beliau menyifatkan tanda jalan Jamal Khashoggi Way adalah ‘isyarat simbolik sangat signifikan yang akan mengingatkan orang ramai tentang pembunuhan Jamal Khashoggi yang berlaku dalam banguinan diplomatik’.

Al-Jabri berkata, ketika beliau percaya adalah mustahil AS akan memutuskan hubungan sepenuhnya dengan Arab Saudi, perlu ada kebertanggungjawaban terhadap pelanggaran hak asasi manusia. – Agensi