Empat individu yang ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu.

KUALA LUMPUR – Empat individu termasuk seorang pengurus syarikat hartanah berkaitan kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki bersubahat dalam membuat tuntutan palsu berkaitan projek pembangunan di Pantai Timur bernilai lebih RM300 juta.

Tiga lagi individu yang ditahan merupakan pengurus projek, pengarah urusan dan arkitek daripada syarikat kontraktor dan juruperunding.

Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 28 hingga 48 tahun.

Tiga daripada mereka ditahan di Pejabat SPRM Terengganu manakala seorang lagi rumahnya di ibu negara semalam, kira-kira pukul 12 tengah hari.

Kesemua mereka kini telah ditahan reman selama enam hari bermula hari ini sehingga 22 Jun 2022 setelah Majistret Noor Mazrinie Mahmood membenarkan permohonan reman oleh pihak SPRM di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pagi tadi

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan terbabit. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast