Lee Zii Jia. Foto Facebook BAM.

KUALA LUMPUR – Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia kini semakin berada di prestasi kemuncaknya selepas menyingkirkan bintang Singapura, Loh Kean Yew pada aksi suku akhir Terbuka Indonesia di Jakarta, sebentar tadi.

Turun ke gelanggang di mana Zii Jia memegang status sebagai juara Asia manakala Kean Yew yang berasal dari Pulau Pinang sebelum mendapat kerakyatan Singapura ketika berusia 12 tahun muncul juara dunia tahun lalu.

Bagaimanapun, aksi Zii Jia lebih garang apabila dia mencatatkan  kemenangan 21-18, 16-21, 22-20 ke atas Kean Yew dalam pertarungan selama 65 minit untuk mengesahkan tiket ke separuh akhir.

Pemain nombor lima dunia itu akan menentang pemenang perlawanan antara pemain nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen dengan Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia bagi merebut tempat ke pentas final, esok.

Lawan mereka, Pramudya Kusumawardana-Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan dari Indonesia di ambang kemenangan apabila mendahului 20-18 di set ketiga namun kecederaan lutut dialami Yeremia membolehkan Aaron-Wooi Yik menyamakan kedudukan seterusnya meraih mata kemenangan.

Sebelum itu, Aaron-Wooi Yik menang set pertama 21-14 tetapi Pramudya-Yeremia bangkit untuk mengheret perlawanan ke aksi penentuan apabila menang set kedua 21-12.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu akan berdepan pemenang perlawanan antara beregu Indonesia, Fajar Alfian-Muhamad Rian Ardianto dengan pasangan China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi bagi perebutan tempat ke pentas final, esok.

Dalam saingan beregu campuran, perjuangan pasangan negara, Chen Tang Jie-Valaree Siow berakhir selepas tewas di tangan Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping dari China 12-21, 14-21. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast