Ahmad Parveez Ghulam Kadir.

KUALA LUMPUR – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan menganjurkan
Seminar & Pameran Pemindahan Teknologi (TOT) MPOB 2022 pada 28 Jun.

Ketua Pengarah MPOB Datuk Dr Ahmad Parveez Hj. Ghulam Kadir berkata, MPOB
akan memperkenalkan teknologi baharu dalam industri sawit yang dibangunkan oleh
penyelidiknya.

Beliau berkata, MPOB menawarkan teknologi dalam industri sawit yang mempunyai
potensi dan nilai pengkomersialan untuk dimanfaatkan oleh penggiat industri dan
usahawan tempatan.

TOT ialah acara seminar dan pameran tahunan MPOB yang bertujuan untuk
menghebahkan penemuan penyelidikan dan pengkomersialan teknologi terkini
MPOB kepada usahawan tempatan dan pihak yang berminat untuk meneroka
peluang perniagaan berasaskan teknologi dalam industri sawit.

Ahmad Parveez berkata, TOT 2022 akan membuka peluang perniagaan
kepada usahawan industri kecil dan sederhana melalui pengkomersialan teknologi
yang ditawarkan MPOB.

Menurutnya, TOT 2022 turut memberi peluang perniagaan kepada pekebun kecil,
profesional dalam bidang kejuruteraan, saintis, penyelidik, ahli teknologi makanan,
ahli kimia, pengilang dan pengeluar serta mereka yang terlibat dalam industri sawit. – MalaysiaGAzette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast