Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya tujuh daerah di Selangor akan mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga pukul 2 petang ini.

Amaran itu dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Twitter dengan memaklumkan, tujuh kawasan berkenaan adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Kuala Langat.

Menurut agensi itu, keadaan sama diramal turut berlaku di seluruh Kuala Lumpur serta Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak.

Sehubungan itu, Orang ramai dinasihatkan agar merujuk laman sesawang www.met.gov.my, laman sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast