Petugas Kesihatan Malaysia melakukan pemeriksaan Covid-19 ketika pihak berkuasa National Task Force mengadakan Operasi Benteng Bersepadu menangkap PATI di Markas Taktikal, PGA Pantai Baru Morib, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ 23 DISEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Jangkitan Covid-19 di negara ini kembali melepasi 2,000 kes semalam kepada 2,093.

Pertambahan itu menjadikan kes terkumpul Covid-19 sebanyak 4,505,507.

Data COVIDNOW menunjukkan tiga kes kematian semalam, menjadikan angka keseluruhan 35,735.

Kes Covid-19 aktif yang direkodkan dalam tempoh sama pula sebanyak 25,952.

Daripada jumlah itu 985 kes menerima rawatan di hospital termasuk 23 di unit rawatan rapi dengan 18 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast